Paparan sebenar produkPBD Guru
Extension untuk memudahkan aliran kerja pengisian PBD, daripada pemilihan murid hingga rekod tahap penguasaan dan maklumat berkaitan.
Selamat datang ke Penarove — ruang untuk idea kecil yang berkembang menjadi alat digital berguna. Dari tugasan kerja hingga urusan harian, setiap projek bermula dengan satu persoalan: bagaimana kita boleh jadikannya lebih mudah?
Terokai projekAlat digital untuk menyelesaikan masalah sebenar. Bermula dengan keperluan guru dan pengurusan sekolah — dan berkembang ke pelbagai aspek kehidupan.
Paparan sebenar produkExtension untuk memudahkan aliran kerja pengisian PBD, daripada pemilihan murid hingga rekod tahap penguasaan dan maklumat berkaitan.
Paparan sebenar produkRuang pengurusan kokurikulum yang menyusun unit, kelab, sukan, rumah sukan serta keahlian dan jawatan murid dalam satu sistem.
Penarove bukan sekadar alat pendidikan. Di sini juga akan hadir pelbagai projek kecil untuk produktiviti, organisasi dan kehidupan seharian.
Pena membawa makna menulis dan mencipta. Rove pula membawa semangat meneroka. Gabungannya melambangkan cara Penarove bekerja: melihat masalah kecil, mencuba idea baharu dan membinanya menjadi sesuatu yang benar-benar boleh digunakan.
Tiada batasan kategori. Yang penting, setiap projek dibuat dengan tujuan, rasa ingin tahu dan perhatian terhadap pengalaman pengguna.